DBKL selesai roboh kedai haram
DBKL melaksakan tindakan penguatkuasaan atas penceroboh tanah kerajaan di Jalan Langkawi Setapak hari ini.
A
A
A
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, sebanyak tiga struktur yang didirikan tanpa kebenaran dirobohkan dalam operasi pengosongan tersebut.
"Struktur berkenaan melibatkan unit kedai beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu. Ada di antaranya milik orang tempatan yang disewakan kepada bukan warganegara.
"Operasi bermula jam 9 pagi sehingga perobohan selesai. Penguatkuasaan juga berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!