Kes keropok beracun: Lapor polis jika ada maklumat, kata Saifuddin

Saifuddin Nasution. Foto Bernama
Saifuddin Nasution. Foto Bernama
A
A
A

JITRA - Pemilik kebun yang direman bagi membantu siasatan kes kematian dua beradik yang disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Julai lalu boleh tampil bertemu pihak berkuasa jika mempunyai maklumat tambahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lelaki berusia 33 tahun itu boleh berbuat demikian kerana maklumat tambahan boleh digunakan untuk membantu siasatan.

"Kalau ada di kalangan mereka yang disiasat itu melahirkan rasa tidak puas hati, dia mempunyai maklumat bahawa bukan sekadar dia atau pihak lain, dia boleh saja menyampaikan kepada pihak polis.

"Siasatan ini, ia satu yang bersifat progresif, bukan statik satu sahaja tamat di situ, tidak... yang tujuan siasatan dalam mengumpulkan maklumat sahih dalam menyelesaikan kertas siasatan.

"Pasukan polis (kemudiannya) serah kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan (pendakwaan)," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan lelaki tersebut di laman Facebooknya yang dikenali Uzair Shafawi pada Ahad mendakwa dirinya direman selama lapan hari akibat kelalaian waris dua kanak-kanak malang itu.

Terdahulu, Saifuddin ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kedah 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini.

Saifuddin (tiga kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kedah 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Jitra pada Isnin.
Saifuddin (tiga kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kedah 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Jitra pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Tambah Saifuddin, dalam kes tersebut, polis telah bertindak berdasarkan undang-undang termasuk memohon reman kepada mahkamah dan pihak berkuasa perlu diberikan ruang untuk menjalankan tugas masing-masing.

Pada Julai lalu, media melaporkan seorang lelaki yang dipercayai pemilik kebun direman enam hari bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.

Perintah reman kemudiannya disambung dua hari bagi memembantu siasatan di bawah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Ringkasan berita:

  • Kes Keropok Beracun: Seorang pemilik kebun direman berhubung kematian dua beradik akibat makan keropok beracun di Kulim.
  • Polis Teruskan Siasatan: Menteri Dalam Negeri meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan untuk melapor kepada polis.
  • Pemilik Kebun: Lelaki berusia 33 tahun tersebut boleh memberikan maklumat tambahan kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.
  • Lanjutan Reman: Reman lelaki itu dilanjutkan selama dua hari di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!