[VIDEO] Jenazah Istiqomah diserahkan tanpa kaki dan tangan - Polis

A
A
A

MELAKA - Jenazah guru yang dibunuh kejam, Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan tanpa kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, perkara itu telah pun diberitahu kepada waris sebelum proses tuntutan dibuat pada Isnin.

Menurutnya, mereka menerima seadanya dan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dan dikebumikan di Kelantan.

"Keluarga Allahyarham iaitu suami, ibu dan bapanya telah diterangkan bagaimana keadaan jenazah (tidak sempurna) dan sekarang ini jenazah sedang dimandikan di Unit Forensik Hospital Melaka.

“Ada lagi bahagian (anggota badan) yang belum ditemui, jadi ia bukan dalam keadaan sempurna hanya bahagian yang ditemui di peringkat awal dan kedua sahaja diserahkan kepada waris. Keluarga pun sudah dapat menerima,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, di sini pada Isnin.

Jelasnya, pada 31 Disember lalu mayat Allahyarham ditemui dengan keadaan badan tanpa kepala, kaki dan tangan, manakala kepala dan tulang jarinya ditemukan selepas tangkapan suspek pada 5 Ogos lalu.

Ashari
Ashari

Ujarnya lagi, meskipun suspek telah pun dituduh di mahkamah, namun siasatan dan pencarian anggota badan Allahyarham akan diteruskan.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan masih lagi berjalan dan jika kita dapat petunjuk baharu, ia akan bantu siasatan, bukannya berhenti di sini,” katanya.

Tambahnya, setakat ini suspek hanya didakwa berkaitan kes Istiqomah dan akan dibawa ke penjara Sungai Udang sehingga kes pendakwaan selesai.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan tanpa kaki dan tangan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan tanpa kaki dan tangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!