MyTOWNKL umum tambah penyewa baharu

Pusat Beli-belah MyTOWN (MyTOWNKL) mengumumkan penambahan beberapa penyewa baharu serta meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pengunjung.
Pusat Beli-belah MyTOWN (MyTOWNKL) mengumumkan penambahan beberapa penyewa baharu serta meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pengunjung.
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Beli-belah MyTOWN (MyTOWNKL) mengumumkan penambahan beberapa penyewa baharu serta meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pengunjung.

Antara penyewa baharu termasuk campuran penyewa ialah Victor Malaysia, Infinity by DeGem, Alha Alfa, HONOR, Famous Amos, Bask Bear Coffee & Toasties, Coffee Bean & Tea Leaf, Signature Kitchen, Baseball Cage dan Aplus Go Babyland.

MyTOWNKL dalam satu kenyataan berkata, komitmennya untuk menyediakan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan telah mengalu-alukan 27 penyewa baharu pada separuh pertama tahun ini.

"Ia turut menghasilkan kadar penghunian luar biasa sebanyak 98 peratus yang menunjukkan MyTOWNKL tempat sesuai untuk pertemuan," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat berkata, dengan pengenalan runcit yang menepati gaya hidup baharu, tempat makan dan hiburan menjadikan MyTOWNKL sebuah destinasi pertemuan yang ideal untuk pengunjung bersosial.

Menurut beliau, pihaknya kekal komited untuk melakukan perubahan dan menambahbaik pasar raya tersebut.

"Kami terus melabur dalam cara mampan agar terus kekal relevan dan sentiasa berubah mengikut keperluan pembeli.

"Jumlah ruang runcitnya seluas 1.6 juta kaki persegi, MyTOWNKL tidak sabar-sabar untuk berkongsi lebih banyak perkara baharu dan tawaran yang dipertingkatkan dalam beberapa bulan akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Jenama terkenal seperti OPPO, JD Sports, Mi, Istana Hong Men Simply Home dan banyak lagi yang akan menyertai keluarga MyTOWNKL," katanya.

Tambah Mohd Azhan, sebagai tambahan kepada campuran penyewa yang semakin berkembang, jualan penyewa MyTOWNKL mengalami peningkatan sebanyak 15 peratus pada enam bulan pertama 2024 berbanding tahun lepas.

“Kami yakin akan dapat meneruskan prestasi positif untuk tahun in dengan adanya sokongan daripada rakan perniagaan yang dihargai,” tambahnya.

Orang ramai boleh ikuti platform digital MyTOWNKL seperti Laman Web, Instagram, Facebook, YouTube, dan TikTok untuk sebarang kemaskini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!