12 daripada 56 pelatih lulus bergelar PASKAL

Demonstrasi tersebut berkonsepkan daya tahan mental dan keupayaan fizikal anggota yang lulus Kursus Asas PASKAL serta dibantu oleh anggota-anggota Skuadron dalam memeriahkan majlis penutup tersebut.
Demonstrasi tersebut berkonsepkan daya tahan mental dan keupayaan fizikal anggota yang lulus Kursus Asas PASKAL serta dibantu oleh anggota-anggota Skuadron dalam memeriahkan majlis penutup tersebut.
A
A
A

LUMUT - Seramai 12 daripada 56 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang diadakan selama lima bulan di Pusat Latihan Paskal KD Panglima Garang di sini.

TLDM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, mereka yang lulus menerima Beret Ungu itu terdiri daripada seorang pegawai dan 11 anggota lain-lain pangkat.

Menurutnya, pemakaian beret ungu yang merupakan kebanggaan PASKAL telah dilaksanakan di Pusat Latihan Kemahiran Air, Pangkalan TLDM Lumut dalam Majlis Penutup Kursus Asas PASKAL siri 74/24, di sini pada Sabtu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dengan pemakaian beret ungu PASKAL kepada penuntut kursus yang berjaya menamatkan latihan tersebut.

Pelatih yang lulus dipakaikan Beret Ungu ketika Majlis Penutup Kursus Asas PASKAL siri 74/24, di sini pada Sabtu.
Pelatih yang lulus dipakaikan Beret Ungu ketika Majlis Penutup Kursus Asas PASKAL siri 74/24, di sini pada Sabtu.

"Penghormatan ini sejajar dengan usaha dan pahit getir yang dilalui 12 orang peserta dalam mengharungi segala ujian demi menjadi salah seorang anggota pasukan elit yang terbaik dan menjadi kebanggaan TLDM.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan. Semoga dengan kehadiran ahli baharu dalam pasukan elit TLDM ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan dan kejayaan serta terus melakar sejarah gemilang di masa hadapan," jelasnya menerusi hantaran yang dikongsikan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Salah satu demonstrasi berkonsepkan daya tahan mental dan keupayaan fizikal anggota yang dipersembahkan kepada ahli keluarga.
Salah satu demonstrasi berkonsepkan daya tahan mental dan keupayaan fizikal anggota yang dipersembahkan kepada ahli keluarga.

Dalam pada itu, ketika majlis tersebut turut diadakan demonstrasi yang dipertontonkan kepada keluarga yang hadir.

Demonstrasi tersebut berkonsepkan daya tahan mental dan keupayaan fizikal anggota yang lulus Kursus Asas PASKAL serta dibantu oleh anggota-anggota Skuadron dalam memeriahkan majlis penutup tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!