UniSZA, YDSM meterai MoU ambil pelajar B40

Sultan Mizan (tengah) bergambar bersama wakil dari UniSZA dan YDSM.
Sultan Mizan (tengah) bergambar bersama wakil dari UniSZA dan YDSM.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) bagi memberi peluang kepada pelajar dari golongan berpendapatan rendah (B40) di Terengganu untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam berkata, MoU itu bertujuan menyambung semula kerjasama sebelum ini yang telah terjalin sejak 2019 yang tertumpu kepada pengambilan pelajar-pelajar dari golongan B40.

"Pelajar itu adalah rakyat Terengganu yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSZA tertakluk kepada syarat kemasukan minima dan unjuran kemasukan UniSZA.

Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga selaku Pengerusi YDSM telah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara UniSZA dan YDSM.
Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga selaku Pengerusi YDSM telah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara UniSZA dan YDSM.

“Kerjasama ini bakal mewujudkan peluang kepada pelajar kategori B40 (anak Terengganu) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan serta memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pengajian di UniSZA," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Pada majlis itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga selaku Pengerusi YDSM telah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara UniSZA dan YDSM di sebuah hotel Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Fadzli serta Pendaftar UniSZA, Muzafar Mohd Din yang mewakili UniSZA manakala bagi pihak YDSM pula telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Mohd Fadzli Yusof dan Datuk Mohd Fauzi Mustaffa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!