Nur Afrina Batrisyia ratu pecut Sukma 2024
NUR Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching sebentar tadi.
Malah atlet dari Selangor itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).
Kejayaan tersebut sekali gus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!