Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel
Presiden Colombia berkata, larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Kementerian Perdagangan, Industri dan Pelancongan Colombia pada Jun lepas telah menggesa sekatan ke atas penjualan arang batu ke Israel.
Pada Mei lepas, Presiden Colombia mengumumkan untuk memutuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel sambil menyifatkan kerajaan Netanyahu melakukan genosid. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!