Saman pihak guna gambar tentera China dalam poster merdeka - Pemuda MCA

Poster pertandingan buku skrap sempena Bulan Kebangsaan yang tular di media sosial.
Poster pertandingan buku skrap sempena Bulan Kebangsaan yang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan termasuk menyaman mereka yang melakukan kesilapan meletakkan gambar tentera China untuk poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan kerana berupaya mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Naib Ketua Pemuda MCA, Tan Yang Pang berkata, sekiranya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang secara salah, maka perkara yang sama juga perlu dilakukan terhadap isu tersebut.

Justeru katanya, Pemuda MCA berharap siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, selain mahu perkembangan kes itu dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

"Kesilapan meletakkan gambar tentera China untuk poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan tidak sepatutnya berlaku dan ia amat mengecewakan rakyat Malaysia yang patriotik kepada negara termasuk Pemuda MCA.

"Oleh itu, Pemuda MCA menyeru kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada semua dan pastikan ia tidak berulang lagi," ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah yang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China dan ia telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Yang Pang turut mempersoalkan sama ada poster itu tidak disedari atau ditapis oleh mana-mana pihak.

"Tidak adakah tapisan di peringkat sekolah terlebih dahulu sebelum poster tersebut dihebahkan atau sesiapa di dalam kumpulan WhatsApp itu yang menegur kesilapan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain seperti dilapor media semalam, poster berkenaan pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos lalu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!