Kes dera anjing Husky: Mahkamah keluar waran tangkap

Tangkap layar tindakan seorang lelaki didakwa memukul anjing baka Husky dalam kejadian di sebuah kondominium di Kajang sebelum ini.
Tangkap layar tindakan seorang lelaki didakwa memukul anjing baka Husky dalam kejadian di sebuah kondominium di Kajang sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen Kajang mengeluarkan waran tangkap terhadap Orang Kena Saman (OKS) yang terlibat dalam kes dera anjing Husky dilaporkan berlaku di Kondominium Landmark Residence 1, Kajang.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkata, waran itu dikeluarkan selepas OKS gagal hadir ke mahkamah bagi mendengar pertuduhan terhadap kes berkenaan dan hanya diwakili peguamnya.

“Mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu pada 30 Ogos ini, jam 9 pagi,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pada 4 Julai lalu, DVS mengambil tindakan susulan video tular berhubung seorang lelaki mendera seekor anjing Husky di sebuah Kondominium Landsmark Residence 1, Kajang, Selangor.

Katanya, pihak DVS membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

Dalam kenyataan sama, DVS menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes terbabit sehingga selesai dibicarakan dan mendapat keputusan mahkamah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!