Putera Mahkota Brunei berangkat bertemu MNC dan jamuan minum petang

Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat mengadakan pertemuan dan jamuan minum petang bersama Syarikat Multinasional (MNC) di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat mengadakan pertemuan dan jamuan minum petang bersama Syarikat Multinasional (MNC) di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR- Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah berangkat ke pertemuan dan jamuan minum petang bersama syarikat multinasional (MNC) di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Putera Mahkota Brunei itu disambut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung 45 minit itu ialah Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi Datuk Shushilil Azam Shuib.

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, tiba di Malaysia bersama isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Sabtu lepas bagi lawatan rasmi lima hari ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos.

Lawatan Putera Mahkota Brunei menambah lagi makna kepada hubungan istimewa dan mesra antara Malaysia dan Brunei yang bertunjangkan kesamaan warisan, budaya dan hubungan antara rakyat, terutamanya ketika kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik tahun ini.
Artikel Berkaitan:


Brunei ialah rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023, dengan jumlah dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion). - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!