Paetongtarn harap dapat perkukuh hubungan Thailand-Malaysia
Dalam satu hantaran di X, Paetongtarn mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas ucapan tahniah beliau mengenai pelantikannya dan menekankan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara sebagai jiran dan rakan kongsi yang rapat.
"Hubungan kita telah menikmati momentum yang sangat positif, terima kasih kepada kerjasama erat antara Tuan Yang Terutama dan pendahulu saya, Perdana Menteri @Thavisin (Srettha Thavisin).
Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk terus memajukan persahabatan Thailand - Malaysia dan kerjasama yang saling menguntungkan bagi rakyat kedua-dua negara kita," tulisnya di akaun X pada Isnin.
Paetongtarn, 37, mula memegang jawatan sebagai perdana menteri negara itu pada 18 Ogos selepas mendapat perkenan Raja Maha Vajiralongkorn. Beliau dipilih sebagai perdana menteri baharu menggantikan Srettha Thavisin oleh Parlimen pada Jumaat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!