Salman perdaya Shah Rukh Khan

Salman dan Shah Rukh Khan sudah berkawan sejak lebih dua dekad.
Salman dan Shah Rukh Khan sudah berkawan sejak lebih dua dekad.
A
A
A

SEHINGGA kini aktor Salman Khan masih dihujani pertanyaan bilakah beliau akan berkahwin.

Atas sebab itu juga, pelakon bertubuh sasa itu pernah memperdaya kawan baiknya, Shah Rukh Khan selepas diajukan soalan sama tidak lama dulu.

Imbau bintang berusia 58 tahun itu, kejadian berlaku ketika mereka sama-sama hadir dalam sebuah acara dan Shah Rukh Khan bertanya rancangan perkahwinannya.

Bagaimanapun beliau secara spontan memberitahu: "Rahsianya ialah saya sudah pun berkahwin..." dan jawapan itu telah mengejutkan ramai termasuk beberapa rakan yang ada bersama seperti Alia Bhatt, Zareen Khan, Daisy Shah, Rekha dan lain-lain.

Namun selepas diasak beberapa kali mengenai 'perkahwinan rahsianya', Salman memberitahu: "Perkahwinan itu berlangsung dalam mimpi saya!"

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!