7 hilang, 15 diselamatkan insiden kapal layar karam di Itali

Seramai 15 orang terselamat manakala tujuh lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal layar mewah karam pada Isnin dalam kejadian di selatan Itali. Foto Agensi
Seramai 15 orang terselamat manakala tujuh lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal layar mewah karam pada Isnin dalam kejadian di selatan Itali. Foto Agensi
A
A
A
ROM - Seramai 15 orang terselamat manakala tujuh lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal layar mewah karam pada Isnin dalam kejadian di selatan Itali, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan (0300GMT) apabila bot sepanjang 56 meter (184 kaki) itu tenggelam ketika cuaca buruk di luar pantai Porticello, 20 kilometer timur Palermo.

Mereka yang berada di atas kapal layar mewah itu berasal dari United Kingdom, New Zealand, Sri Lanka, Perancis, Ireland, Amerika Syarikat dan Kanada.

Seorang kanak-kanak berusia setahun adalah antara yang diselamatkan dan telah dibawa ke hospital kanak-kanak di Palermo untuk rawatan.

Jabatan bomba Itali dalam satu kenyataan memaklumkan pengawal pantai dan bomba berjaya menyelamatkan 15 orang, dan usaha mengesan tujuh lagi mangsa sedang dijalankan.
Artikel Berkaitan:


Menurut bomba, bot yang didaftarkan di Britain itu tenggelam pada kedalaman 49 meter dan sebuah helikopter turut membantu dalam operasi menyelamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!