Syamsul Yusof fail cerai terhadap Ira Kazar

Pihak Syamsul Yusof mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin.
Pihak Syamsul Yusof mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pihak pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 40 tahun itu berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebutan kes bagi permohonan berkenaan, belum ditetapkan.

"Setakat ini, ia masih diperingkat awal pemfailan dan makluman berkenaan perkara itu akan diberikan oleh mahkamah kelak," katanya.

Untuk rekod, ini merupakan pernikahan kedua Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari tahun sama, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!