Kawasan sekitar Dataran Merdeka dijadikan sebagai warisan Melayu

Kawasan sepanjang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai warisan Melayu. Gambar hiasan
Kawasan sepanjang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai warisan Melayu. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kawasan sepanjang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai warisan Melayu.

Ia adalah sebahagian daripada pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gambaran pembangunan baharu dari seluruh koridor termasuk bangunan Sultan Abdul Samad tidak hanya berkisar sebagai hutan batu semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kawasan hijau di sekitar turut akan dikekalkan.

"Saudara tahu dari tanah dan kawasan Dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad sampai ke Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Carcosa Seri Negara, pembangunan Kuala Lumpur harus ada ciri yang unik," katanya dalam ucapan peluncuran PuTERA35, di sini pada Isnin.

Tahun lalu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.

Ini berikutan tiada kawasan khusus seumpama Little India di Brickfields dan China Town di Jalan Petaling untuk tatapan para pengunjung di ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!