Isu poster kemerdekaan: KPM ambil tindakan tegas terhadap guru

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Zahrul Hakim Abdullah (kiri) menyerahkan replika kunci kepada Fadhlina pada Majlis Penyerahan Projek KPM di SMK Bagan Terap pada Isnin.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Zahrul Hakim Abdullah (kiri) menyerahkan replika kunci kepada Fadhlina pada Majlis Penyerahan Projek KPM di SMK Bagan Terap pada Isnin.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan tegas terhadap guru yang menghasilkan poster pertandingan buku skrap sempena bulan kemerdekaan yang memaparkan gambar tiga anggota tentera China.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kesilapan itu dianggap serius dan perlu melalui siasatan unit integriti dan tindakan tatatertib daripada KPM.

"Dari segi tindakan guru terbabit harus melalui semua proses itu dan tindakan tegas telah kita laksanakan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini pada Isnin.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China dan telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Fadhlina berkata, kementeriannya sentiasa berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung ancaman kesihatan awam termasuk wabak mpox.

Beliau memberitahu, sebarang tindakan berpandukan kepada garis panduan KKM daripada semasa ke semasa.

"Pihak kami dari segi persiapan akan dapatkan makluman penuh daripada KKM terlebih dahulu," ujar beliau.

Mengulas mengenai Belanjawan 2025, Fadhlina berkata, agenda reformasi pendidikan dalam negara menjadi antara tumpuan KPM.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, kementeriannya telah mendapatkan input daripada pihak berkepentingan dalam memastikan pembentangan dokumen penting negara itu nanti mencakupi perkara yang diperlukan dalam memperkasa sektor pendidikan.

"Keutamaan kita di KPM tertumpu kepada pembangunan sekolah, fasiliti dan keperluan lain yang penting iaitu selaras dengan agenda reformasi pendidikan.

"Perkara lain yang turut dilihat ialah peluasan kelas pra-sekolah yang kita lihat sebagai satu pendekatan penting bagi menangani isu keciciran, isu malnutrisi di kalangan anak-anak dan perkara lain program intervensi anak-anak berkeperluan khas, STEM digital dan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!