Kazakhstan wajibkan semula pemakaian pelitup muka di hospital

Kazakhstan mengembalikan kewajipan pemakaian pelitup muka untuk petugas kesihatan di kemudahan perubatan serta vaksinasi selesema bermula dari 15 September. Foto Agensi
Kazakhstan mengembalikan kewajipan pemakaian pelitup muka untuk petugas kesihatan di kemudahan perubatan serta vaksinasi selesema bermula dari 15 September. Foto Agensi
A
A
A
ASTANA - Pihak berkuasa kesihatan Kazakhstan telah mengeluarkan dekri mengenai langkah-langkah pencegahan perubatan dan sanitasi epidemiologi untuk mencegah penyebaran selesema, jangkitan virus pernafasan akut dan Covid-19 bagi musim wabak 2024-2025, lapor agensi berita nasional negara itu, Kazinform.

Dekri itu mengembalikan kewajipan pemakaian pelitup muka untuk petugas kesihatan di kemudahan perubatan serta vaksinasi selesema bermula dari 15 September. Ia juga menetapkan kesediaan semua organisasi perubatan untuk menerima pesakit yang didiagnosis dengan selesema, jangkitan virus pernafasan akut, dan koronavirus semasa musim epidemiologi serta mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Ia juga memutuskan bahawa bilik pemeriksaan untuk pesakit dengan gejala selesema dan jangkitan virus pernafasan akut perlu disediakan dan dilengkapi di kemudahan perubatan berkenaan. Ia juga menyediakan keperluan suhu yang diperlukan di kemudahan perubatan.

Wanita hamil dan kanak-kanak sejak lahir hingga satu tahun yang mempunyai gejala selesema, jangkitan virus pernafasan akut, dan Covid perlu dirawat terlebih dahulu di rumah.

Ia turut mengesyorkan untuk beralih ke kelas dalam talian jika 30 peratus pelajar dijangkiti dengan jangkitan virus pernafasan akut.
Artikel Berkaitan:


Jabatan bantuan perubatan Kementerian Kesihatan Kazakhstan ditugaskan untuk memantau kadar penghunian katil di hospital dan menambah lebih banyak katil jika berlaku peningkatan kes.

Dekri ini mula berkuat kuasa pada 16 Ogos. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!