1 maut, 2 cedera ditikam di Manchester, UK
LONDON - Seorang wanita maut dan dua lagi cedera parah ditikam di Manchester, United Kingdom (UK) pada Ahad malam, kata polis tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.
Polis Greater Manchester berkata, mereka menerima laporan mengenai kejadian tikaman sekitar jam 11.20 malam (2230 GMT) di sebuah premis di Barnard Road, kawasan Gorton berhampiran Longsight selepas menerima banyak panggilan daripada penduduk sekitar.
Polis kemudiannya mendapati tiga individu, seorang gadis berusia 17 tahun, seorang wanita berusia 43 tahun, dan seorang lelaki berusia 64 tahun, mengalami kecederaan tikaman yang serius.
Wanita berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa masih dirawat di hospital.
Polis dalam satu kenyataan berkata, kecederaan mereka dipercayai mengancam nyawa.
Seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditahan kerana disyaki membunuh susulan kejadian itu, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!