Treler rempuh rumah, suri rumah nyaris maut

Kejadian tersebut menyebabkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli rosak selepas ditimpa bumbung rumah. Gambar kecil: Shafiqa Shafie
Kejadian tersebut menyebabkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli rosak selepas ditimpa bumbung rumah. Gambar kecil: Shafiqa Shafie
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Seorang suri rumah nyaris maut selepas rumahnya dirempuh sebuah treler yang dipercayai berpendaftaran luar negara di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Shafiqa Shafie, 37, berkata dia sedang berehat di dalam bilik hadapan rumahnya itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada seorang diri di rumah tersebut manakala suaminya, Mohd Shahrul Md Wazir, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori pula telah keluar bekerja.

“Semasa kejadian, saya berada di dalam bilik dan dengar macam bunyi lori tak boleh brek, jadi saya hendak tengok melalui tingkap tetapi tidak boleh kerana treler itu udah ada di depan tempat letak kereta di depan rumah.

Kejadian tersebut menyebabkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli rosak selepas ditimpa bumbung rumah.
Kejadian tersebut menyebabkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli rosak selepas ditimpa bumbung rumah.

“Dalam keadaan trauma, saya berlari ke dapur, terus keluar melalui pintu belakang dan menjerit meminta tolong,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Jelas Syafiqa, kejadian tersebut menyebabkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli miliknya rosak selepas ditimpa bumbung rumah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia juga tidak sempat melihat keadaan pemandu treler tersebut kerana telah dibawa oleh sebuah ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Saya dah biasa dengar lori lalu di sini tetapi tak sangka nak jadi macam ini. Sebelum ini pernah berlaku kejadian sama di belakang sana tapi tidak sangka berlaku kepada saya pula,” ujarnya.

Tambah Syafiqa, amalan Bismilah Lima yang sering diamalkan menjadi pendinding untuk dirinya selama ini.

“Setiap hari saya selalu baca Bismillah Lima. Sebelum tidur selalu saya baca. buat macam mana tuhan sudah pilih tetapi saya bersyukur tiada ada kemalangan jiwa,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan ujian kencing terhadap pemandu treler warganegara Thailand tersebut akan dilakukan selepas dia selesai menerima rawatan dari sebuah klinik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!