Polis nafi OKT lolos dari Mahkamah Butterworth
A
A
A
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C Tharmalingam berkata, sebaliknya OKT lelaki tempatan itu dibebaskan selepas mahkamah membenarkan dia diikat jamin.
"Polis menafikan gambar dan audio yang tular itu serta meminta orang ramai tidak terus menyebarkannya kerana ia tidak benar.
"Berdasarkan pemeriksaan polis, tiada OKT yang lolos di mahkamah hari ini sebaliknya lelaki berusia 36 tahun itu dibebaskan selepas diikat jamin RM3,000 bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular rakaman audio dan gambar OKT di media sosial yang mendakwa dia berjaya meloloskan diri dari Mahkamah Butterworth dan pihak polis sedang giat mengesannya di sekitar kawasan berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!