Aktiviti riadah bertukar tragedi, remaja lemas ketika mandi sungai
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nerlyne Christine Januai, 13, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 4.37 petang.
Menurutnya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 39 kilometer dari BBP Ranau.
"Menurut laporan, mangsa bersama ahli keluarganya melakukan aktiviti riadah di sungai tersebut sebelum mangsa didapati lemas ketika sedang mandi di sungai.
"Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Anggota kita bertindak mengangkat mangsa untuk diperiksa oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.35 malam selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!