MCA minta ahli berusaha pastikan BN menang di PRK DUN Mahkota

Ka Siong (tiga dari kanan) meminta semua ahli parti supaya menumpukan sepenuh usaha bagi memastikan kemenangan BN dalam mempertahankan kerusi PRK DUN Mahkota.
Ka Siong (tiga dari kanan) meminta semua ahli parti supaya menumpukan sepenuh usaha bagi memastikan kemenangan BN dalam mempertahankan kerusi PRK DUN Mahkota.
A
A
A

SHAH ALAM - MCA meminta semua ahli parti agar menumpukan sepenuh usaha bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tindakan itu sejajar dengan amanat Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Mengadakan pertemuan dengan kepimpinan MCA Bahagian Kluang bagi membincangkan hal ehwal parti termasuk berkaitan gerak kerja PRK Mahkota.

"Dalam mesyuarat yang berlangsung selama sejam setengah ini, MCA Bahagian Kluang melaporkan bahawa Jawatankuasa Khas PRK telah pun ditubuhkan. Ini termasuklah mendirikan bilik gerakan di pusat daerah mengundi (PDM) bagi membantu jentera pilihan raya BN dalam aktiviti kempen.

"Pimpinan MCA Pusat dan Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor juga akan memberikan sokongan penuh kepada Bahagian Kluang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain yang juga calon mewakili BN memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi dengan menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.

Pada PRU14 pula, calon Amanah yang menggunakan logo PKR, Muhammad Said Jonit menang kerusi DUN Mahkota dengan meraih 19,507 undi dan meraih majoriti 1,668.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Said menewaskan calon BN, Datuk Jais Sarday yang meraih 17,839 undi dan calon Pas, Hasbullah Najib yang mendapat 3,092 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!