Sukma Sarawak: Video tular Ku Yee raih pingat emas runtun hati warga maya
Menerusi, video berdurasi hampir dua minit yang tular sejak Isnin itu turut meruntun hati warga maya selepas melihat reaksinya yang membawa bendera Sabah sebaik diumum sebagai pemilik emas bagi acara tersebut.
Gadis berusia 19 tahun itu dilihat gagal menahan sebaknya dan dia dilihat menangis kegembiraan sehingga reaksinya itu dirakam menerusi lensa kamera juruvideo dan jurugambar yang bertugas di lapangan.
Berlatar belakangkan lagu 'Standing In The Eyes of The World' nyayian ratu rock negara, Ella, menyebabkan warga maya yang sebak turut meninggalkan ucapan tahniah dan berbangga kerana menyumbang emas kepada Sabah.
Sebelum itu, Ku Yee yang berasal dari Kunak berjaya melepasi lompatan pada ketiggian 1.64 meter dalam percubaan kedua acara tersebut sekali gus menewaskan dua lagi pesaingnya iaitu Melissa En Xuan dari Pulau Pinang yang mendapat pingat perak dan tuan rumah diwakili atletnya, Sylvia Nawan meraih pingat gangsa.
Temasya sukan yang berlangsung di Sarawak itu menyaksikan kontinjen Sabah berjaya mengutip 10 emas, 10 perak dan 17 gangsa setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!