Amsterdam larang pekerja kerajaan guna Telegram bimbang diintip

Larangan berkenaan dikatakan telah dilaksanakan pada penghujung April, walaupun ia tidak didedahkan kepada umum sehingga kini. Foto Agensi
Larangan berkenaan dikatakan telah dilaksanakan pada penghujung April, walaupun ia tidak didedahkan kepada umum sehingga kini. Foto Agensi
A
A
A
MOSCOW - Majlis Perbandaran Amsterdam melarang pekerja kerajaan menggunakan aplikasi Telegram di telefon kerja mereka kerana bimbang mereka diintip, lapor radio BNR pada Isnin, memetik Alexander Scholtes, Ahli Majlis Perbandaran yang bertanggungjawab terhadap dasar teknologi maklumat di bandar raya itu.

Scholtes mengesahkan kepada stesen radio itu bahawa larangan berkenaan telah dilaksanakan pada penghujung April, walaupun ia tidak didedahkan kepada umum sehingga kini.

Beliau berkata, "aktiviti jenayah dalam aplikasi dan risiko pengintipan" sebagai alasan utama keputusan berkenaan, menurut laporan itu.

Pegawai itu juga menyifatkan Telegram sebagai "tempat perlindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber, dan pengedar dadah," lapor BNR.

Walaupun Telegram pada asalnya dicipta di Rusia, ibu pejabatnya kini terletak di Dubai dengan syarikat itu secara rasmi didaftarkan di Kepulauan Virgin.
Artikel Berkaitan:


Laporan turut menyebut bahawa majlis perbandaran lain di Belanda belum mengenakan larangan serupa ke atas Telegram.

Pada Jun lepas, akhbar Belanda NL Times melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Amsterdam akan berhenti menggunakan kamera yang dibuat di China kerana kebimbangan mengenai pelanggaran hak asasi manusia dan pengintipan. Kamera buatan China dijangka dihentikan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!