[VIDEO] 'Saya mahu keadilan buat Istiqomah' - Suami

A
A
A

PASIR MAS - Suami mangsa pembunuhan kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, menuntut keadilan atas kematian isterinya itu.

Mohd Yusof Mohktar, 35, berkata, dia reda dengan pemergian Allahyarham dan berterima kasih kepada pihak polis yang menyiasat kes pembunuhan terbabit.

“Assalamualaikum, alhamdulillah isteri saya sudah selamat dikebumikan, saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas bantuan orang ramai juga.

“Saya pun reda dengan pemergiannya, saya melepaskan dia pergi. Terima kasih juga kepada pihak polis yang banyak membantu dalam menyelesaikan kes ini.

“Hanya satu saya mahu, keadilan buat isteri saya, itu saja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas jenazah selesai dikebumikan, di sini pada Isnin.

Mohd Yusof (tengah) yang masih sugul duduk di hadapan kubur Istiqomah selepas selesai jenazah dikebumikan.
Mohd Yusof (tengah) yang masih sugul duduk di hadapan kubur Istiqomah selepas selesai jenazah dikebumikan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas, di sini pada jam 11.50 malam Isnin.

Sebelum itu, proses penyerahan badan dan kepala tanpa kedua-dua kaki dan tangan itu berjalan lancar di Jabatan Forensik Hospital Melaka sebelum dibawa menggunakan van jenazah ke kampung halamannya di Kubang Badak di sini, untuk dikebumikan.

Artikel Berkaitan:

Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Pasir Gudang Johor itu meninggalkan tiga anak berusia 4, 6 dan 9 tahun.

Mohd Yusof menyiram air ke kubur Allahyarham Istiqomah.
Mohd Yusof menyiram air ke kubur Allahyarham Istiqomah.

Proses pengebumian jenazah berlangsung dalam suasana hiba apabila lebih 400 ahli keluarga dan kenalan yang hadir, bersedih atas pemergian Allahyarham.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!