Kanak-kanak, wanita sasaran mudah

No Image Caption
A
A
A
BEBERAPA insiden pembunuhan kejam yang menggemparkan negara mutakhir ini mencetuskan persoalan apakah Malaysia kini tidak lagi selamat untuk wanita dan kanak-kanak.

Lebih membimbangkan, kes dengan pelbagai modus operandi tersebut berlaku satu demi satu dalam tempoh singkat, seolah-olah penjenayah tidak lagi takut terhadap hukuman yang menanti mereka di mahkamah.

Pakar kriminologi dari Management and Science University (MSU), Nadiah Syariani Md Shariff berkata, golongan wanita dan kanak-kanak lebih cenderung menjadi mangsa jenayah yang melibatkan perlakuan agresif atau kekerasan kerana kekuatan dan saiz fizikal mereka yang lebih lemah serta kecil berbanding lelaki.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!