Disangka hilang, rupanya terperangkap 9 jam dalam lif

Maklumat awal kehilangan dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu turut dimaklum dalam grup Facebook komuniti sebelum kedua-dua mereka dijumpai selamat.
Maklumat awal kehilangan dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu turut dimaklum dalam grup Facebook komuniti sebelum kedua-dua mereka dijumpai selamat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif sebuah apartmen di sini pada Isnin.

Ibu saudara salah seorang kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya berusia 10 tahun keluar dari rumahnya di Flat Desa Petaling untuk membeli pau dan berjumpa rakannya yang berada di Apartmen Pangsaria berhampiran.

"Saya diberitahu anak abang saya (mangsa) itu keluar kira-kira jam 2 petang, namun sehingga jam 10 malam masih tidak pulang.

Rakaman CCTV memaparkan kejadian dua kanak-kanak yang terperangkap dalam lif sebuah apartment di Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Rakaman CCTV memaparkan kejadian dua kanak-kanak yang terperangkap dalam lif sebuah apartment di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

"Usaha pencarian dilakukan kami sekeluarga di kawasan sekitar, memang risau masa itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, mereka sekeluarga bersyukur selepas kanak-kanak itu dijumpai selamat kira-kira jam 1 pagi Selasa.

"Saya diberitahu mereka terperangkap lama dalam lif. Lif telah terbuka sendiri, mereka keluar dalam keadaan lapar dan mengantuk. Syukur semuanya baik," ujarnya.

Dua kanak-kanak yang terperangkap dalam lif sebuah apartment di Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Dua kanak-kanak yang terperangkap dalam lif sebuah apartment di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun dipercayai terperangkap dalam lif apartmen kira-kira sembilan jam.

Kata beliau, terdapat dua laporan mengenai kebimbangan keselamatan dua kanak-kanak itu diterima pihak polis.

"Mangsa telah dijumpai semula dalam keadaan selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!