Kes langgar lori siram pokok, MBK, kontraktor perlu bertanggungjawab - ADUN

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan kontraktor perlu mengambil tanggungjawab susulan dua kes kematian yang berlaku di Jalan Pintasan Kuantan akibat terlanggar lori yang sedang menyiram pokok sepanjang bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, tindakan segera juga perlu diambil bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Chan Chun Kuang
Chan Chun Kuang

"Saya telah memohon Datuk Bandar untuk segera tingkatkan langkah-langkah keselamatan kontraktor yang sedang menjalankan tugas.

"Dengan hanya memasang satu bendera merah dan juga satu papan tanda yang letak di bahagian belakang lori adalah tidak cukup.

"Papan tanda yang lebih jelas, kon keselamatan, 'flag man' dan sebagainya diperlukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Chun Kuang berkata, pusat khidmatnya sedia membantu pihak keluarga mangsa untuk membuat tuntutan terhadap MBK selain mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sebelum ini, pada 7 Ogos, seorang pekebun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh belakang lori kontraktor yang menjalankan kerja menyiram pokok bunga di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran jejambat Bukit Istana di sini.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu pada Isnin, di laluan sama berhampiran jejambat Bunga Cengkih, seorang penunggang motosikal maut akibat terlanggar lori terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!