'Usia hanya pada angka'

Vardy. Foto Agensi
Vardy. Foto Agensi
A
A
A

USIA hanya pada angka dan ia tidak menjadi penghalang buat penyerang veteran, Jamie Vardy membantu Leicester City memugut satu mata apabila ledakannya berjaya mengikat Tottenham Hotspur 1-1 pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs menguasai babak pertama tetapi jaringan pembukaan Pedro Porro pada minit ke-29 satu-satunya peluang yang mampu dimanfaatkan anak buah Ange Postecoglou.

Ketumpulan Spurs menyempurnakan deretan peluang terhidang akhirnya dihukum dengan tandukan penyamaan Vardy pada minit ke-57.

Penyerang berusia 37 tahun itu menyumbat gol pada hari pertama saingan EPL buat kali kelapan dalam kariernya, menghampiri rekod sembilan kali oleh penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

"Usia hanya satu angka. Selagi saya menjaga kesihatan dan kaki saya terasa hebat, saya akan terus beraksi selama mungkin," kata Vardy.

Beliau turut mendedahkan kata-kata semangat pada rehat separuh masa telah memberi suntikan semangat buat Leicester.

"Kami berbual dalam kalangan pemain pada separuh masa. Spurs adalah pasukan yang sangat bagus, tetapi kami terlalu menghormati mereka. Kami mula mengejar mereka dan ia mengubah momentum.

"Kami berkata apabila sampai 40 minit kami akan pastikan tidak lagi dibolosi gol. Kami akan mendapatkan satu mata daripada perlawanan ini," ujar Vardy.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!