Kebanyakan 'DNA' pemimpin datang daripada UMNO - Zambry

Zambry ketika berucap semasa PMU 2024. Foto Facebook Zambry Abd Kadir
Zambry ketika berucap semasa PMU 2024. Foto Facebook Zambry Abd Kadir
A
A
A

SHAH ALAM - Kebanyakan 'DNA' pemimpin datang daripada UMNO termasuk pemegang jawatan utama dalam negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, memandangkan parti itu merupakan medan melahirkan pemimpin, warisan tersebut perlu dikekalkan supaya lebih ramai individu terhasil lebih-lebih lagi menerusi Persidangan Mahasiswa UMNO (PMU) 2024.

“PMU 2024 sebagai medan untuk mereka berkumpul, bersidang, berbincang dan berdebat mengenai isu semasa yang melibatkan mahasiswa khususnya belia dalam negara.

Zambry. Foto Facebook Zambry Abd Kadir
Zambry. Foto Facebook Zambry Abd Kadir

“Ketika mencetuskan idea untuk mengadakan persidangan ini, saya merasakan mahasiswa perlu bersikap proaktif. Saya juga menyatakan bahawa UMNO medan melahirkan pemimpin.

“Kebanyakan 'DNA' pemimpin datang daripada UMNO termasuklah pemimpin utama negara. Kekalkan warisan ini agar lebih ramai pemimpin bakal lahir melalui Mahasiswa UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

PMU 2024 yang diadakan buat pertama kali di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini berjaya mengumpul lebih 430 mahasiswa melibatkan 19 universiti awam dari seluruh negara.

Sebanyak lima kluster usul dikumpul dan dibincangkan iaitu ekonomi, politik, kerjaya, kebajikan serta pendidikan, malah kesemuanya diangkat menjadi resolusi untuk diserahkan kepada pimpinan parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 pada 21 hingga 24 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Zambry ketika temu mesra dengan Mahasiswa UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto Facebook Zambry Abd Kadir
Zambry ketika temu mesra dengan Mahasiswa UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto Facebook Zambry Abd Kadir

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selaku perasmi persidangan; Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi memaklumkan, persidangan terbabit diharapkan dapat menjadi pemangkin buat kepimpinan akan datang untuk terus bergiat aktif terutamanya dalam memberikan sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat.

“Selain itu, menyemarakkan lagi semangat anak muda untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Ini juga menjadi momentum kepada kesiapsiagaan orang muda untuk PAU 2024 yang diharap menjadi pewaris berterusan kepimpinan masa hadapan UMNO,” ujar beliau.

@sinarharianonline

Kebanyakan 'DNA' pemimpin datang daripada UMNO - Zambry #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #UMNO #PMU #Pemimpin #ZambryAbdulKadir

News - ComaStudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!