[VIDEO] Kes bunuh dua beranak: Lelaki warga asing direman seminggu

A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga asing ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya.

Perintah reman terhadapnya dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali bermula Selasa hingga 26 Ogos depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang pada jam 9 malam pada Isnin.

Suspek dibawa keluar dari lokap mahkamah selepas mendapatkan perintah reman di Mahkamah Alor Setar pada Selasa.
Suspek dibawa keluar dari lokap mahkamah selepas mendapatkan perintah reman di Mahkamah Alor Setar pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan mayat ibu dan anak perempuannya ditemukan dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.

Mangsa masing-masing berusia 34 dan 10 tahun itu ditemui oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak polis pada jam 5.04 petang.

Kedua-dua mayat warga negara asing itu lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!