Tiga pelajar hilang, perahu karam ketika ke sekolah

Anggota pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja mencari tiga pelajar yang dikhuatiri hilang selepas perahu yang mereka naiki untuk ke sekolah karam di Kampung Selampit, Lundu.
Anggota pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja mencari tiga pelajar yang dikhuatiri hilang selepas perahu yang mereka naiki untuk ke sekolah karam di Kampung Selampit, Lundu.
A
A
A

LUNDU - Tiga pelajar dikhuatiri hilang selepas perahu yang mereka naiki untuk ke sekolah karam di Kampung Selampit di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 6.33 pagi dan segera mengatur gerak sebuah jentera dan tujuh anggota ke lokasi dari Balai Lundu.

"Difahamkan insiden membabitkan 10 hingga 20 pelajar, dan tiga daripadanya masih hilang.

"Mereka yang hilang ialah dua pelajar perempuan dan seorang lelaki," katanya lagi. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!