Lori kontena rempuh rumah alami masalah pedal minyak tersangkut - Polis

Kemalangan itu juga mengakibatkan kerosakan pada struktur bahagian depan rumah berkenaan. - Astro AWANI
Kemalangan itu juga mengakibatkan kerosakan pada struktur bahagian depan rumah berkenaan. - Astro AWANI
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Lori kontena yang merempuh sebuah rumah di Taman Desa Bayan Emas, di sini pada Isnin dipercayai berpunca akibat masalah pedal minyak yang tersangkut di lantai kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pemandu berusia 59 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Sewaktu menuruni jalan industri Bukit Kayu Hitam-Ladang Rakyat, pemandu kontena terbabit mendapati pedal minyak tersangkut di lantai kenderaannya dan cuba untuk memberhentikan kontena yang dipandunya namun gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah.

"Pemandu lori kontena itu adalah warga Thailand kini ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian urin mendapati negatif dadah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Rodzi berkata, rempuhan itu turut mengakibatkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli milik mangsa mengalami kerosakan.

Kemalangan itu juga mengakibatkan kerosakan pada struktur bahagian depan rumah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Pedal minyak tersangkut di lantai - Polis Lori kontena yang merempuh sebuah rumah di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam pada Isnin dipercayai berpunca akibat masalah pedal minyak yang tersangkut di lantai kenderaan terbabit. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pemandu berusia 59 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Tular #Viral #60Saat #JalanRaya #Kemalangan #Lori #Kontena #Pedal #Rumah

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!