Padah curi coli, lelaki didenda RM2,500

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita.
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita.
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri coli pada Sabtu lalu.

Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Kh'ng Poh Siang, 30, mengaku salah terhadap tuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didapati telah mencuri sehelai pakaian dalam wanita milik remaja berusia 16 tahun pada jam 4.30 pagi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lorong Haji Jabbar dalam daerah Muar, pada 17 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita.
Tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas kesalahan mencuri pakaian dalam wanita.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang masih bujang mencuri pakaian dalam itu di sebuah rumah yang pernah disewanya sebelum ini.

Suspek ditangkap melalui siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pakaian dalam berwarna hitam telah ditemui dalam milikan lelaki tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan perlu menjaga bapanya yang uzur dan bekerja sebagai pekerja pemasangan jubin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki.

Mohamad Arif kemudiannya meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara lima bulan sekiranya gagal bayar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!