ATM patahkan cubaan bawa masuk lembu melalui Sungai Golok

ATM mematahkan cubaan bawa masuk 17 ekor lembu ke negara ini melalui Sungai Golok dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah pada Isnin.
ATM mematahkan cubaan bawa masuk 17 ekor lembu ke negara ini melalui Sungai Golok dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah pada Isnin.
A
A
A

TANAH MERAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mematahkan cubaan membawa masuk 17 ekor lembu ke negara ini melalui Sungai Golok dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Isnin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota bertugas telah mengesan kelibat tiga individu sedang menjalankan aktiviti penyeludupan lembu di tebing sungai tersebut kira-kira jam 7 malam.

"Sejurus serbuan dilakukan, ketiga-tiga suspek bertindak melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke negara jiran dan meninggalkan lembu terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM85,000.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM85,000.

Menurut beliau, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM85,000.

Ujarnya, kesemua lembu-lembu itu kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Kesemua lembu itu kemudian diserahkan kepada pihak Maqis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
Kesemua lembu itu kemudian diserahkan kepada pihak Maqis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Kenyataan tersebut berkata, ATM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!