Dua penjenayah larikan diri lebih 20km ditahan polis

kenderaan dinaiki dua penjenayah merempuh sebuah pacuan empat roda ketika melarikan diri dari polis di Pengkalan pada Selasa.
kenderaan dinaiki dua penjenayah merempuh sebuah pacuan empat roda ketika melarikan diri dari polis di Pengkalan pada Selasa.
A
A
A

ALOR GAJAH - Dua penjenayah yang melarikan diri sejauh lebih 20 kilometer berjaya ditahan selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pengkalan di sini pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9 pagi suspek yang menaiki kereta Toyota Vios telah dikejar oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sejauh lebih 20 kilometer (KM) dari Kampung Lapan, Bachang hingga ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati setiba di lokasi kejadian, kenderaan suspek yang sedang memecut laju kemudian telah menyongsang arah sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

"Dipercayai kenderaan suspek telah dikejar polis dari arah Durian Tunggal menghala ke Alor Gajah.

"Namun setiba di persimpangan lampu isyarat itu, pemandu bertindak menyongsang arus lalu bertembung secara berdepan dengan pacuan empat roda yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Durian Tunggal.

"Akibat kemalangan itu suspek pemandu serta penumpang masing-masing berusia 45 dan 20 tahun mengalami patah dan cedera kaki kanan dirawat di Hospital Alor Gajah," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Tambahnya, pemandu pacuan empat roda berusia 35 tahun dan mengusahakan tanaman sayur bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, kedua-dua lelaki yang merupakan penganggur dan beralamat di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Selayang, Selangor akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan dalam kenderaan suspek turut menjumpai sejumlah dadah dan alatan pecah rumah dan disyaki suspek adalah penjenayah.

"Unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah juga membantu dalam operasi berkenaan namun kes akan diserah untuk siasatan kepada IPD Melaka Tengah," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai hingga mengakibatkan kemalangan.

Ringkasan berita:

  • Penangkapan: Dua penjenayah ditahan setelah melarikan diri sejauh 20 km dan terlibat dalam kemalangan.
  • Lokasi Kejadian: Kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Pengkalan, Alor Gajah.
  • Kejadian: Suspek memecut laju, menyongsang arah, dan merempuh pacuan empat roda Nissan Navara.
  • Kecederaan: Suspek berusia 45 dan 20 tahun alami patah dan cedera kaki; pemandu pacuan empat roda terselamat.
  • Barang Bukti: Polis menemukan dadah dan alatan pecah rumah dalam kenderaan suspek.
  • Siasatan: Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dijana oleh AI

@sinarharianonline

Dua penjenayah larikan diri lebih 20km ditahan polis #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Jenayah #JalanRaya #Kemalangan #Polis

News - ComaStudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!