Masih ramai atlet belum carum PERKESO

Subahan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kotak Prihatin kepada Zaheran ketika lawatannya pada Selasa.
Subahan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kotak Prihatin kepada Zaheran ketika lawatannya pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Semua atlet di negara ini digalakkan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membolehkan mereka mendapat manfaat setimpal jika berlaku kemalangan.

Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kelab dan persatuan sukan juga tidak boleh mengabaikan atlet mereka untuk mendapatkan kesitimewaan melalui PERKESO.

Menurut beliau, walaupun mereka hanya mencarum dalam jumlah yang sedikit, namun mampu mengurangkan beban pencarum atau ahli keluarga.

"Kita boleh katakan bahawa semua atlet sama ada di bawah persatuan, kelab atau persendirian 'wajib' mencarum sebagai tanggungjawab dan hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah Zaheran Hussein, 54, balu bekas legenda bola sepak negara, Allahyarham Mohd Hashim Mustapha di sini pada Selasa.

Subahan (tiga, kanan) melihat piala dan kasut emas milik Allahyarham Hashim ketika lawatan ke rumah Allahyarham pada Selasa.
Subahan (tiga, kanan) melihat piala dan kasut emas milik Allahyarham Hashim ketika lawatan ke rumah Allahyarham pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pagawai Komunikasi Dan Hal Ehwal Korporat PERKESO, Roshaimy Mat Rosely; Pengarah PERKESO Negeri Kelantan, Nora Yaakob dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Subahan memberitahu, sehingga Ogos lalu, rekod perangkaan PERKESO mencatatkan seramai 679,830 individu aktif mencarum di bawah SKSPS.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu seramai 30,179 individu di Kelantan merupakan pencarum aktif.

"Dalam tempoh sama, dianggarkan 3,192 atlet atau ahli sukan mencarum bawah SKSPS dengan hanya dua atlet yang aktif mencarum dari Kelantan.

"Sebenarnya, masih ramai atlet dalam pelbagai jenis sukan belum mencarum, namun kami sedang berusaha memberi kesedaran mengenai kepentingan menjadi pencarum PERKESO," katanya.

Dalam pada itu Subahan turut menghadiri Program Seranta PERKESO Negeri Kelantan dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 Peringkat Pejabat PERKESO Negeri Kelantan.

Subahan bersama kakitangan PERKESO sempena Program Seranta Perkeso Negeri Kelantan dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 Peringkat Pejabat Perkeso Negeri Kelantan.
Subahan bersama kakitangan PERKESO sempena Program Seranta Perkeso Negeri Kelantan dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 Peringkat Pejabat Perkeso Negeri Kelantan.

Melalui program yang mendapat sokongan dan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) itu, seramai enam pencarum menerima bakul prihatin daripada Perkeso.

Dalam program berkenaan, Subahan memaklumkan berdasarkan perangkaan PERKESO, sehingga 30 Jun lalu seramai 518,672 majikan mencarum membabitkan seramai 9,133,814 pekerja.

Jelas beliau, bagi tempoh sama, Kelantan mencatatkan sebanyak 9,856 majikan aktif mencarum membabitkan 120,568 pekerja.

"Bayaran faedah PERKESO tahun ini sehingga 31 Julai lalu, lebih RM10 juta disalurkan kepada penerima faedah melibatkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala lebih RM4.2 juta bayaran faedah telah disalurkan bawah Akta 800 untuk negeri Kelantan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!