Terlalu awal menilai rakyat sudah kembali terima UMNO - Johari

Johari ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024 di sebuah hotel di Banda Hilir pada Selasa.
Johari ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024 di sebuah hotel di Banda Hilir pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak boleh dijadikan sandaran untuk menilai penerimaan kembali rakyat terhadap UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, meskipun BN memperoleh kemenangan besar pada PRK Nenggiri, namun terlalu awal untuk membuat penilaian sokongan rakyat terhadap parti tersebut.

Menurutnya, kemenangan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani di kerusi itu digambarkan berkat kerja keras dan usaha berterusan semua jentera parti bagi merampas kembali kerusi DUN Nenggiri.

"Kemenangan itu satu petanda untuk kita terus berusaha sebab menang satu kerusi tidak semestinya melambangkan bahawa keseluruhan Kelantan yang mempunyai 42 DUN kita berjaya kawal.

"Kemenangan satu kerusi itu sebenarnya adalah petanda kalau kita semua bersatu-padu dalam satu parti dan bekerjasama menguatkan parti insya-ALLAH kemenangan akan sampai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, parti itu juga sedang menilai dan menganalisa strategi yang digunakan pada PRK di DUN Nenggiri sama ada sesuai digunakan pada PRK DUN Mahkota, Johor atau sebaliknya.

"Kita tengok dahulu sebab kita baru menang (di Nenggiri).

Artikel Berkaitan:

"Kita kena analisa dan lihat dari segi kedudukan DUN luar bandar seperti Nenggiri dengan Mahkota, ia adalah dua tempat yang berbeza," katanya lagi.

Sabtu lalu Mohd Azmawi Fikri yang juga calon BN diumumkan menang pada PRK DUN Nenggiri dengan menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili PN, Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi itu.

Mohd Azmawi Fikri, 38 yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Bahagian Gua Musang memperoleh 9,091 undi menewaskan Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.

@sinarharianonline

UMNO pertimbang guna strategi Nenggiri di DUN Mahkota BULETIN TIKTOK 20 OGOS 2024 Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak boleh dijadikan sandaran untuk menilai penerimaan kembali rakyat terhadap UMNO. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, meskipun BN memperoleh kemenangan besar pada PRK Nenggiri, namun masih awal untuk menilai sokongan rakyat terhadap parti tersebut. Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #UMNO #BN #PRKNenggiri #Kelantan #JohariAbdulGhani #AzmawiFikri

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!