ADUN PN zahir taat setia kepada Sultan Pahang

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dari Perikatan Nasional (PN) menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menjalankan tugas baginda sebagai payung tempat mereka semua bernaung.

Kesemua mereka juga menzahirkan taat setia sama terhadap Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Iskandar dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Ketua Pembangkang PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ADUN PN Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berkempen di Nenggiri agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut.

"Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas mereka dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah Tuanku.

"Daulat Tuanku," katanya yang juga ADUN Cheka dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!