Pelajar keracunan makanan: Kantin SBP diarah tutup dua minggu

Antara pelajar yang dirawat di hospital akibat keracunan makanan di sebuah sekolah pada 15 Ogos lalu.
Antara pelajar yang dirawat di hospital akibat keracunan makanan di sebuah sekolah pada 15 Ogos lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengarahkan kantin sebuah sekolah berasrama (SBP) penuh di daerah Kuala Nerus ditutup berikutan lebih 32 pelajar dilaporkan mengalami keracunan makanan.

Pihak jabatan pada Selasa memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa selama dua minggu bermula 15 hingga 28 Ogos depan.

Menurutnya, arahan penutupan premis tersebut dilakukan di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta 342 (Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988).

Sebelum ini, pelajar berusia 13 hingga 17 tahun sekolah berkenaan dilaporkan mengalami keracunan makanan disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Beliau berkata, tindakan kawalan dan pencegahan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terlibat bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku pada 15 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!