DBKL sita barangan penjaja di Jalan Klang Lama

Operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Pejabat Cawangan Seputeh.
Operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Pejabat Cawangan Seputeh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dan memindahkan halangan milik penjaja di sekitar Jalan Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama di sini.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada pada Selasa, DBKL memaklumkan, operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Pejabat Cawangan Seputeh.

Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras. Gambar DBKL
Barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras. Gambar DBKL

"Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat enam kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, kanopi, tong gas dan lain-lain peralatan," menurut hantaran itu di laman media sosial pihak berkuasa tempatan itu," katanya.

DBKL menyita dan memindahkan halangan milik penjaja di sekitar Jalan Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama di sini. Gambar DBKL
DBKL menyita dan memindahkan halangan milik penjaja di sekitar Jalan Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama di sini. Gambar DBKL

Menurut kenyataan itu lagi, barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!