Bot karam: Operasi SAR tiga pelajar giat dijalankan

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat tiga pelajar yang dikhuariti hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit daerah Lundu, kira-kira 75 kilometer (km) dari sini, masih giat dijalankan setakat jam 3 petang ini.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintenden Damataries berkata, tiga mangsa tersebut dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong ialah dua pelajar perempuan Helena Fasha Petrus, 16, dan Alsma Jithil,14 dan pelajar lelaki Vilkie Wilson, 15 tahun.

"Lebih kurang jam 6.35 pagi tadi, polis telah menerima panggilan telefon dari bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak memaklumkan sebuah bot penambang yang membawa penduduk kampung telah karam di Sungai Kayan.

"Hasil siasatan awal, bot penambang tersebut telah membawa muatan seramai 19 orang, 18 orang daripadanya adalah pelajar sekolah dan seorang lagi wanita dewasa serta sebuah motosikal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Selasa.

Katanya semasa kejadian, bot yang dinaiki 19 orang penumpang itu tiba-tiba karam di tengah sungai dalam keadaan air pasang, manakala jarak di antara Kampung Selampit dengan jeti di seberangnya adalah kira-kira 80 meter.

Damataries berkata, punca kejadian adalah disebabkan lebih muatan dan usaha mencari ketiga-tiga mangsa masih diteruskan dengan kekuatan 55 anggota terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

Pagi tadi, maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak memaklumkan sebuah bot yang dinaiki oleh 20 orang termasuk seorang wanita dewasa dan seorang pengemudi bot serta 15 orang pelajar telah karam di Sungai Kayan.

Bagaimanapun, 14 mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi pelajar yang dihanyutkan oleh arus sungai sejauh 1 km dari lokasi kejadian berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Artikel Berkaitan:

Dua lagi mangsa iaitu seorang wanita dewasa yang juga penumpang serta pengemudi bot turut selamat, manakala tiga lagi mangsa belum ditemui. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!