‘Jangan anggap kami bertepuk tangan’ - Yusof Haslam

Laporan Sinar Harian mengenai Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap Ira Kazar. Gambar kecil: Yusof Haslam
Laporan Sinar Harian mengenai Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap Ira Kazar. Gambar kecil: Yusof Haslam
A
A
A

JANGAN anggap kami bertepuk tangan dengar berita penceraian Syamsul...”

Itu komen penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung keputusan anaknya, Syamsul Yusof, 40, yang menfailkan penceraian terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Jelas Yusof, 70, beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail reda dengan berita yang diterima.

“Jangan salah faham, saya dan isteri tidak bertepuk tangan. Kita bukan gembira dengan berita itu tapi kita reda.

“Kami tahu Syamsul fail penceraian selepas dihubungi media. Datin juga banyak berdiam selepas mengetahui perkara itu,” jelasnya.

Bagaimanapun sebagai ayah, Yusof berkata, beliau tetap mendoakan yang terbaik untuk Syamsul walaupun sudah bertahun tidak bersua muka.

“Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul. Apa yang silap, perbetulkan,” katanya yang ditemui semasa sidang media pertama Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Selasa.

Terdahulu, peguam Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan pengarah itu memfailkan permohonan cerai, namun sebutan kes belum ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Berita pernikahan itu membuatkan isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana ketika itu memfailkan perceraian dan mereka sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!