Suburkan jiwa merdeka menerusi bacaan al-Quran

Farhan (kiri) bersama Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Farhan (kiri) bersama Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub.
A
A
A

SHAH ALAM - Al-Quran perlu menjadi aspek utama dalam menyuburkan jiwa kemerdekaan murid-murid selain menyuntik semangat patriotik dan jati diri sebagai umat Islam di negara ini.

Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Farhan Jamaludin berkata, penganjuran program Malaysia #QuranHour mengajak guru dan murid untuk memahami isi kandungan kitab suci itu dengan lebih baik.

“Objektif utama kita ialah menyemarakkan semangat al-Quran itu dalam jiwa murid-murid dan aspek nilai murni yang kita baca dan bawakan pada hari program itu berlangsung.

“Jiwa merdeka ini perlu seiring dengan ilmu al-Quran supaya ia dapat membentuk jati diri seorang Islam sejati selain terus menyemai semangat kebangsaan dalam diri mereka.

“Jika dahulu kita sering menyanyikan lagu untuk menunjukkan jiwa patriotik tetapi tahun ini kita tambah baik dengan semangat alunan ayat-ayat suci al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, menurut Farhan, sejak penganjuran program Malaysia #QuranHour yang pertama pada 2017, terdapat perkembangan positif yang ditonjolkan oleh murid-murid di sekolah tersebut.

Tambah beliau, menerusi majlis ilmu yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) banyak membantu guru serta murid-murid memahami pengajaran yang terkandung dalam kitab suci itu.

Artikel Berkaitan:

Program Malaysia #QuranHour yang diadakan pada 2022.
Program Malaysia #QuranHour yang diadakan pada 2022.

“Kita perlu resapi hati mereka dengan kesuburan beragama dan juga nilai pengajaran dalam mukjizat agung itu,” katanya.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Slot tersebut akan bersiaran secara langsung melibatkan wakil media antaranya ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!