Bunuh dua beranak: Suspek dakwa anak dirasuk, minta imam rukyah

Suspek kes bunuh isteri dan anak direman.(Kanan: Imam Masjid Al-Hidayah di Bukit Pinang, Mohd Fauzi Bakar menunjukkan lokasi suspek ditemui.)
Suspek kes bunuh isteri dan anak direman.(Kanan: Imam Masjid Al-Hidayah di Bukit Pinang, Mohd Fauzi Bakar menunjukkan lokasi suspek ditemui.)
A
A
A

ALOR SETAR - Suspek kes pembunuhan isteri dan anak perempuan telah memohon bantuan imam Masjid Al-Hidayah di Bukit Pinang, dekat sini untuk untuk merukyahkan seorang lagi anaknya yang didakwa dirasuk.

Dalam kejadian pada malam Isnin itu, imam masjid tersebut, Mohd Fauzi Bakar, 62, berkata, dia mahu keluar masjid untuk ke majlis tahlil dan melihat lelaki tersebut berada di atas tangga di hadapan pintu masuk masjid kira-kira jam 9 malam.

“Sebelum kejadian, saya ada majlis tahlil dan nak cepat, lelaki tersebut kata anak lelakinya tidak sihat dan mendakwa dirasuk hingga menyebabkan perutnya buncit.

"Saya pegang kepala anaknya dan baca al-Fatihah dan ayat Kursi dalam dua tiga minit," katanya semasa ditemui pemberita di Masjid Al Hidayah, dekat sini pada Selasa.

Imam itu berkata, lelaki itu juga meminta izin untuk bermalam di masjid itu.

"Dia minta izin nak tidur di sini, dia kata anaknya sejuk dan prosedur masjid tidak bagi tidur di dalam, kita minta tidur di luar dan dia minta pasang lampu,” katanya.

Suspek yang memakai kain pelekat dan baju itu kemudiannya diberkas polis yang berpakaian biasa.

Pada Selasa, seorang lelaki warga asing ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya ditemukan dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Perintah reman dikeluarkan bermula Selasa hingga 26 Ogos depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang pada jam 9 malam pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!