Operasi SAR jejaki 'Bill Gates Britain' dipergiat

Operasi carian kini tertumpu di lokasi bangkai kapal tersebut yang dianggarkan berada pada kedalaman kira-kira 50m. Foto Agensi
Operasi carian kini tertumpu di lokasi bangkai kapal tersebut yang dianggarkan berada pada kedalaman kira-kira 50m. Foto Agensi
A
A
A

PORTICELLO - Pakar penyelam Itali pada Selasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa termasuk taikun teknologi, Mike Lynch yang terkenal dengan julukan ‘Bill Gates Britain’ serta Pengerusi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer yang dilaporkan masih hilang.

Kapal Bayesian mewah yang dinaiki 22 individu termasuk 10 kru berlabuh kira-kira 700 meter (m) dari pelabuhan di luar perairan Porticello, timur Palermo pada awal pagi Isnin apabila ia dilanda tornado mini secara tiba-tiba.

Jurucakap pasukan penyelamat mengesahkan Angela Bacares yang merupakan isteri Lynch, 59, antara 15 mangsa yang berjaya diselamatkan.

Operasi carian kini tertumpu di lokasi bangkai kapal tersebut yang dianggarkan berada pada kedalaman kira-kira 50m.

Sementara itu, salah seorang mangsa terselamat warga Britain, Charlotte Golunski turut berkongsi detik cemas tersebut.

“Bot itu terbalik serta-merta selepas dipukul angin kencang,” katanya.

Difahamkan, mereka ialah tetamu jemputan Lynch yang berparti bagi meraikan pembebasannya di bawah kes penipuan besar di Amerika Syarikat (AS) pada Jun lalu. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!