Surfcasting Tour Pantai Kelanang tawar hadiah RM47,300

Kawasan di Pantai Kelanang yang sering menjadi tumpuan kaki pancing.
Kawasan di Pantai Kelanang yang sering menjadi tumpuan kaki pancing.
A
A
A

BANTING – Hadiah wang tunai berjumlah RM47,300 menanti pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour@Pantai Kelanang di sini pada Sabtu ini.

Juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, naib juara menerima RM4,000 dan ketiga RM2,000.

Pemenang keempat menerima RM500, kelima RM300 dan keenam hingga ke-10 menerima 200, manakala ke-11 hingga 140 masing-masing menerima RM150.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management itu adalah siri jelajah kedua Surfcasting Tour bagi membantu kempen Cuti-Cuti Malaysia yang dipelopori Tourism Malaysia.

Pengarah Urusan Wakjali Event, Md Zali Kasran berkata, pertandingan yang turut disokong oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib serta Ahli Majlis MPP Zon 18 itu akan bermula seawal jam 7.45 pagi hingga 11.45 pagi.

“Ini berikutan, pasang penuh akan berlaku pada jam 9.30 pagi. Justeru pertandingan akan bermula lebih awal daripada kebiasaan. Malah masa tamat juga lebih awal berbanding acara lain berikutan air dijangka surut bermula jam 11.30 pagi.

Ikan pari yang pernah dinaikkan di Pantai Kelanang.
Ikan pari yang pernah dinaikkan di Pantai Kelanang.

“Juara akan membawa pulang RM20,000 manakala yuran penyertaan ditetapkan RM90 untuk satu joran. Bagi peserta orang kurang upaya (OKU), diberikan pengurangan RM20 bagi setiap pendaftaran,’’ katanya.

Artikel Berkaitan:

Kaunter pendaftaran 24 jam dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 3 petang Sabtu hingga pertandingan dimulakan pada Ahad.

Sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah juga disediakan kepada peserta dan hadiah boleh dituntut di kaunter pendaftaran sejurus pertandingan tamat.

Pantai Kelanang mempunyai potensi besar dimajukan sebagai pusat pelancongan berasaskan memancing berikutan ia dihuni pelbagai spesies ikan seperti pari, malong, senangin, semilang, duri, gelama dan lain-lain.

Selain mempunyai kemudahan awam yang lengkap, termasuk tandas awam, surau dan kawasan parkir yang luas, ia juga mempunyai daya tarikan pelancongan paya bakau yang dihuni pelbagai spesis terancam seperti biawak dan monyet.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!