Beberapa kawasan di Port Dickson dilanda banjir kilat

Keadaan banjir kilat di salah sebuah rumah di dua perkampungan berkenaan. (Foto APM Port Dickson)
Keadaan banjir kilat di salah sebuah rumah di dua perkampungan berkenaan. (Foto APM Port Dickson)
A
A
A

PORT DICKSON - Hujan sejak pagi Selasa menyebabkan beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda banjir kilat termasuk di dua perkampungan membabitkan 12 buah keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohd Azri Abu Hassan berkata, bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan keadaan masih terkawal.

"Hasil pemantauan anggota APM di dua perkampungan itu iaitu di Kampung Segenting dan Kampung Sirusa Dalam antara jam 11 pagi hingga 5 petang tadi mendapati halaman rumah penduduk dinaiki air.

"Bagaimanapun kesemua keluarga terlibat tidak mahu berpindah ke PPS dan pemantauan akan terus dilakukan daripada masa ke masa oleh pasukan APM," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Keadaan banjir kilat dilaporkan berlaku di Politeknik Port Dickson. (Foto media sosial)
Keadaan banjir kilat dilaporkan berlaku di Politeknik Port Dickson. (Foto media sosial)

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan kawasan Politeknik Port Dickson turut dilaporkan berlaku banjir kilat.

Situasi itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok yang menunjukkan air mulai naik.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 7 malam tadi memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga jam 9 malam ini di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

Anggota APM Port Dickson memantau keadaan sekitar kawasan terlibat.(Foto APM Port Dickson)
Anggota APM Port Dickson memantau keadaan sekitar kawasan terlibat.(Foto APM Port Dickson)

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata perkongsian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!