Tuntutan palsu RM500,000, tiga individu termasuk dua guru besar ditahan

Tiga individu kemukakan tuntutan mengandungi butiran mantan palsu bernilai kira-kira RM500,000 ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Sibu, Sarawak pada Selasa bagi permohonan reman.
Tiga individu kemukakan tuntutan mengandungi butiran mantan palsu bernilai kira-kira RM500,000 ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Sibu, Sarawak pada Selasa bagi permohonan reman.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman tiga individu termasuk dua orang guru besar sekolah rendah di sebuah daerah di negeri itu kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran matan palsu bernilai kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, perintah reman selama lima hari sehingga Ahad dikenakan ke atas dua orang suspek yang berusia 50 hingga 60-an, manakala seorang lagi suspek berusia 50-an dikenakan reman selama empat sehingga Sabtu.

Sumber berkata, reman telah dikeluarkan Majistret Ong Kork Chern selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sibu, Sarawak pada Selasa.

Katanya, kesemua suspek lelaki tersebut ditahan jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sibu.

Perintah reman selama lima hari sehingga Ahad dikenakan ke atas dua orang suspek yang berusia 50 hingga 60-an, manakala seorang lagi suspek berusia 50-an dikenakan reman selama empat sehingga Sabtu.
Perintah reman selama lima hari sehingga Ahad dikenakan ke atas dua orang suspek yang berusia 50 hingga 60-an, manakala seorang lagi suspek berusia 50-an dikenakan reman selama empat sehingga Sabtu.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022.

"Kesemua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem telaga tiub di empat buat sekolah sekitar negeri ini kepada pejabat pendidikan daerah (PPD).

"Meskipun begitu, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dilaksanakan kerana sistem telaga itu telah rosak sejak 2021," katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!